Search

tiap tiap kali masak secara langsung mesti orang t...

  • Share this:

tiap tiap kali masak secara langsung mesti orang tanya…. cara buat wantan halal….ni ab payungkan

Antara resipi yang dikongsikan secara langsung di #SeleraAbangBrian …. ingat temu janji kite di fb hanya di @brianchenmasterchef

Mi Wantan Sup HALAL

* 100g udang, dibersihkan dan diambil isi sahaja
* 100g ayam cincang
* 1/2 sudu besar kicap cair
* 1/2 sudu besar minyak bijan
* 1 sudu kecil tepung jagung
* 1 sudu kecil bawang putih cincang
* 1 sudu kecil halia, diparut
* 1/4 sudu kecil gula
* 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
* 15-18  kulit wantan

* Utk Sup
4 keping hirisan halia
2 daun bawang
cendwan shitake kering, direndam semalaman
5 cawan kaldu ayam
2 sudu kecil kicap cair
2 sudu kecil sos ikan

sayur pilihan dan mi wantan, dicelur

1. dalam pencincang, masukkan kesemua bahan wantan kecuali kulitnya, Cincang halus dan letakkan 1 sudu besar inti tersebut di tengah- tengah kulit wantan. sapukan sedkit air di sekeliling inti dan hujung kulit wantan sebelum melipat wantan dan membentuknya mengikut citarasa anda.
2. Utk Sup, masukkan kesemua bahan sup dan biarkan reneh sehingga cukup rasa. Masukkan wantan dan renehkan sehingga wantan cukup masak. Hidangkan dengan mi dan sayur yang telah dicelur

#wanton #chicken #wantan #ayam #halal #resepihalal #resepi #quickrecipes #malaysianfood #malaysianrecipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resepimudah #resipimurah #resipi #EzMall #SemuanyaLebihEz #EzRecipes #easyrecipes


Tags:

About author
not provided
From an auditor to a man in an apron, Masterchef Malaysia's Abang Brian, now continues to share his
View all posts